Bulatan Penuh
Lencana SMI Integrasi Hira Rawang berbentuk bulat dengan bergaris pusat berukuran 40mm, melambangkan kesyumulan Islam yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Inilah kefahaman asas yang ditekankan kepada murid-murid SMI Integrasi Hira Rawang.
Buku Terbuka
Buku terbuka menunjukkan simbol ilmu dan pendidikan, melambangkan keterbukaan untuk belajar dan menerima maklumat serta menunjukkan usaha pelajar untuk meneroka, memahami dan meningkatkan diri sebagai penuntut ilmu.
Warna Biru/Kuning
Warna latar belakang biru melambangkan kepercayaan murid dan ibu bapa terhadap sistem yang digunakan oleh sekolah iaitu Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA). Adalah menjadi hasrat sekolah dengan kerjasama ibu bapa untuk menjernihkan pemikiran murid-murid dan meningkatkan kecerdasan minda mereka. Inilah juga tafsiran warna kuning (yang dapat membangkitkan semangat dan merasa lebih positif) yang menjadi warna utama logo sekolah.
Motto
Motto "Generasi Al-Quran Menuju Kejayaan" adalah merujuk kepada generasi yang menghayati dan mengamalkan ajaran Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan dan kejayaan dapat dicapai melalui penghayatan Al-Quran serta mencerminkan pembentukan masyarakat yang cemerlang daripada sudut duniawi dan ukhrawi.
Bulan Sabit
Memartabatkan dan mendokong Islam sebagai agama rasmi negara serta menjadikan Islam sebagai amalan di dalam kehidupan.