Pendidikan adalah suatu proses yang berteraskan tauhid bagi membina insan rabbani di dalam sistem yang holistik, bersepadu, seimbang dan dinamik berpandukan al-Quran dan al-Sunnah.
Usaha ini adalah bagi membentuk individu yang berkemampuan membangunkan kehidupan diri, keluarga, masyarakat dan negara ke arah satu peradaban yang sejahtera demi kebahagiaan di dunia dan akhirat.”
Menyediakan pendidikan Islam yang cemerlang, berwibawa dan holistik.
Mengintegrasikan pendidikan berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah dan menyediakan proses pembelajaran yang berpusatkan murid, berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis dan kreatif serta aaplikasi nilai murni, etika, akhlak dan rahmah.
Membimbing murid untuk membentuk sahsiah yang seimbang dari sudut intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Menyediakan peluang pendidikan terbaik untuk semua murid.
Mewujudkan budaya soleh wa musleh dan iklim sekolah yang kondusif dan rahmah.
Memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dan menjalin hubungan yang baik dengan JPS, ibu bapa dan masyarakat setempat.