Program Pembangunan Karakter di Sekolah Islam Integrasi Hira Rawang dilaksanakan secara berterusan setiap tahun bagi membentuk sahsiah, kepimpinan dan jati diri murid. Program ini merangkumi pelbagai pengisian seperti Mukhayyam Dakhili dan Khariji, Bulan Diniyyah, Sambutan Kemerdekaan, Minggu Semarak Kokurikulum, Kursus Kepimpinan Murid dan lain-lain, yang dirancang untuk memupuk nilai disiplin, kerjasama dan akhlak mulia berlandaskan ajaran Islam.