Warganegara Malaysia Sahaja.
Tiada sebarang syarat untuk kemasukan tahun 1.
Bagi tahun 2 hingga 6, dibuka hanya untuk murid yang pernah mempelajari Bahasa Arab, boleh membaca dan menulis jawi.
Bagi tahun 2 hingga 6, murid yang diterima mestilah lulus dalam Bahasa Arab mana-mana sekolah sebelum ini dan menguasai tulisan jawi.
Sila klik butang "Borang Permohonan Kemasukan" di atas untuk permohonan online.
Pilihan kedua adalah hadir ke pejabat untuk mengisi borang online atau offline. Sila pastikan tuan/puan mengetahui nombor MyKid anak tuan/puan sebelum mengisi borang.
Pastikan maklumat yang diisi lengkap. Sekiranya tidak lengkap, permohonan tidak akan diproses.
Pastikan alamat, no telefon dan emel yang diisi adalah yang masih aktif.
Sila klik butang "Semakan Permohonan" di atas untuk semak status permohonan.
Setelah membuat permohonan secara online, status murid akan dikemaskini dalam masa 3 hari waktu bekerja. Sila semak status samada "DITERIMA" atau "BARU".
Sekiranya status "DITERIMA" bermakna anak anda sudah layak untuk bersekolah di SRI Integrasi Hira Rawang. Sekiranya status masih "BARU", permohonan anak anda masih dalam proses.
Setelah permohonan dibuat, sila semak status permohonan setelah 3 hari waktu bekerja.
Bagi status "DITERIMA" hendaklah membuat bayaran yuran pendaftaran sebanyak RM250 sebagai bayaran pendahuluan. Kegagalan tuan/puan membuat bayaran dalam tempoh masa 30 hari, dianggap menolak tawaran. Sehubungan itu, bayaran pendahuluan RM250 ini tidak akan dikembalikan sekiranya anak tuan/puan menarik diri dari sekolah ini.