Dalam usaha mempersiapkan generasi muda mendepani fasa transisi kedewasaan, Sekolah Rendah & Menengah Islam Integrasi Hira Rawang telah berjaya menganjurkan Program MUB Siri 1 (Meniti Usia Baligh). Program yang berlangsung dengan penuh pengisian ini melibatkan kombinasi murid tahap dua peringkat sekolah rendah serta pelajar sekolah menengah.
Fokus utama program tahunan ini adalah untuk memberikan kefahaman yang jelas, syar'ie, dan saintifik kepada para pelajar mengenai perubahan biologi serta tanggungjawab agama yang bakal dipikul sebaik sahaja melangkah ke usia baligh.