Sekolah Islam Integrasi Hira Rawang telah berjaya menganjurkan Program Taklimat Ibu Bapa Baharu pada 10 Januari 2026 bagi memberikan pendedahan awal kepada ibu bapa murid baharu berkaitan sistem persekolahan, kurikulum serta hala tuju pendidikan sekolah. Program ini turut menjadi platform perkongsian maklumat dan sesi interaksi antara pihak sekolah dan ibu bapa bagi mengukuhkan kerjasama dalam menyokong perkembangan akademik dan sahsiah murid.
Pihak sekolah merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir serta memberikan komitmen penuh terhadap usaha mendidik generasi berilmu, beriman dan berakhlak mulia.