Program Minggu Orientasi & Suai Kenal telah berjaya diadakan di Sekolah Islam Integrasi Hira Rawang pada 12 hingga 14 Januari 2026. Program ini bertujuan memperkenalkan persekitaran sekolah, kurikulum, guru serta rakan sebaya kepada murid baharu. Aktiviti menarik dan interaktif sepanjang minggu ini telah membantu murid menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah serta membina semangat kerjasama dan sahsiah positif sejak awal sesi persekolahan.